<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d33675456\x26blogName\x3dCorak+Coretan+Kita\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://corakcoretankita.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://corakcoretankita.blogspot.com/\x26vt\x3d-3830776099749760788', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Thursday, May 31, 2007

Contoh karangan yang baik
Karya
Nurdhaniah Suryadarma (4D)

Malang tidak Berbau

Hari Jumaat yang lalu, sungguh cerah serta berangin. Malissa sedang berjalan pulang dari sekolah. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana dia hendak menonton cerita kegemarannya. Sebelum dia sampai di rumah, sebuah van telah berhenti di tepinya. Malissa pun terkejut apabila ternampak dua orang pemuda yang keluar dari van itu. Pemuda-pemuda itu ternampak Malissa.

Malissa mengingati pesan ibunya supaya tidak berbual dengan orang yang tidak dikenalinya. Dengan segera Malissa terus berlari dengan sekuat hatinya. Tetapi kekuatan dan tenaga Malissa tidak cukup untuk mengelak dari mereka. Pemuda – pemuda itu terus mengikuti Malissa. Malissa diheret oleh dua pemuda itu. Salah satu dari mereka meminta baki wang sekolahnya.

Malissa berasa takut lalu menangis. Dia menangis dengan kuat. Di rumah, ibu Malissa sedang bimbang menunggu kepulangannya. Ibunya menyuruh ayahnya menelefon pegawai polis. Mereka berdua pergi ke Balai Polis untuk memastikan mereka sudah melaporkan kepada pegawai polis itu. Ayah Malissa teringat tentang telefon bimbitnya. Ayahnya terus menelefon telefon bimbitnya, tiba – tiba seorang pemuda meangkat panggilan itu. Pemuda itu memberitahu bahawa Malissa berada di tangan mereka. Pemuda itu memberitahunya kalau dia hendakkan anaknya dia harus membayar wang tebusan.

Pemuda itu memberitahu ayahnya bahawa pekara ini tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun. Dengan segera pegawai polis pun sudah mendengar perbualan mereka. Mereka pun pergi ke tempat yang telah diberitahu oleh pemuda itu.

Pencerita itu Kita @ 9:51 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------

Monday, October 02, 2006

Pelik tapi Benar Karya Zafirah Binte Haron (5G)

Setelah hujan teduh, saya keluar dari rumah untuk pergi ke kedai. Rumah saya agak jauh dari kedai itu. Saya harus berjalan selama lima belas minit untuk sampai ke sana kerana tiada ada satu bas pun yang lalu di hadapan kedai itu.

Sedang saya berjalan di tepi jalan raya, tiba-tiba saya ternampak ada suatu benda bersinar dan bentuknya bulat. Saya pun dengan segera menuju ke arah benda itu dan cuba untuk mengambilnya. Rupa-rupanya ia adalah rantai, gelang dan anting-anting emas.

“Wah, emas!,” bisik hati saya.
“Kalau saya jual mesti boleh dapat banyak duit, hmmm apa yang harus saya buat, jual atau serahkan sahaja kepada balai polis?”, bisik hati saya lagi.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyerahkan sahaja barang-barang emas ini kepada balai polis kerana ini merupakan perbuatan yang terbaik. Kita harus jujur kepada diri kita sendiri.

Sedang saya berjalan menuju ke balai polis tersebut, saya ternampak sekeping kertas berwarna hijau. Saya berasa curiga, saya pun menuju ke arah kertas berwarna hijau itu dan saya dapati ia adalah sekeping duit seribu dolar.

“Hmmm...sungguh aneh hari ini, kenapa saya asyik terjumpa dengan benda-benda yang berharga ia?”, hati saya mula berkata.

Saya mula berasa berbelah-bagi untuk menyerahkan duit seribu dolar itu kepada balai polis. Saya tidak pernah terjumpa wang sebanyak itu. Sebelum tiba di hadapan balai polis, saya duduk di atas sebuah bangku sambil berfikir sejenak.

Setelah penat berfikir, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan duit itu juga kepada balai polis. Setibanya di hadapan balai polis, saya ternampak seorang pemuda sedang membuat laporan tentang kehilangan barang emas isterinya dan wang seribu dolar yang telah dicuri oleh dua orang pencuri. Pemuda itu mengucapkan terima kasih kepada saya dan menghadiahkan saya seratus dolar di atas kejujuran saya.
( 280 patah perkataan )

Pencerita itu Kita @ 7:57 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Peta Minda - Penjodoh Bilangan Karya Murid Darjah 3


Karya: Ahmad Zafran (3G) dan Mohd Azrail (3F)

Pencerita itu Kita @ 7:53 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Ulasan Buku - Sulong dengan Kacang Hijau oleh Muhammad Azrul bin Md Sanif (4E)


Pencerita itu Kita @ 7:50 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Kehilangan Seseorang yang dikasihi

Tiba-tiba telefon berdering. Saya terjaga dari tidur dan mata saya meilhat ke arah jam di dinding bilik saya menunjukkan pukul enam dua puluh minit pagi. Saya bertanya pada diri saya sendiri, siapakah gerangan yang menelefoni kami pagi-pagi begini. Ayah yang baru sahaja selesai solat subuh mengangkat telefon itu. Dari perbualan ayah, rupa-rupanya nenek saya yang telefon. Nenek memberitahu ayah bahawa datuk saya mengalami sesak nafas. Nenek meminta ayah tolong menghantar datuk saya ke klinik pada pukul lapan pagi nanti. Selepas ayah selesai berbual dengan nenek ayah pun meletak telefon dan pergi ke dapur. Ayah memberitahu Ibu bahawa sebentar lagi dia akan menghantar datuk saya ke klinik. Ayah juga memberitahu ibu bahawa datuk saya sakit. Ibu berasa tidak senang hati lalu menelefoni nenek. Nenek memberitahu ibu bahawa datuk saya mengalami sedikit sesak nafas. Nenek memberitahu ibu supaya jangan khuatir.

Kemudian ibu menelefoni semua adik-beradiknya untuk memberitahu tentang keadaan datuk. Baru sahaja ibu selesai menghubungi adik-beradiknya tiba-tiba telefon berdering. Ibu mengangkat panggilan telefon itu dengan berasa bimbang kerana khuatir tentang keadaan datuk saya. Firasat ibu saya benar sekali. Makcik saya memberitahu ibu supaya cepat-cepat datang ke rumah datuk. Ibu bergegas menyuruh ayah dan saya menyalin pakaian. Kami bertiga berjalan dengan pantas sekali ke rumah datuk.

Setiba di sana, pegawai-pegawai ambulans sedang menunggu di luar rumah. Kami memberi salam dan masuk ke dalam rumah datuk. Kami melihat datuk saya seperti sudah tidak bernyawa lagi. Ibu seakan-akan tidak percaya lalu masuk ke dalam bilik datuk untuk memastikannya. Makcik saya berjalan menuju ke arah ibu lalu memeluk ibu sekuat-kuatnya kerana khuatir ibu akan pengsan. Dengan perlahan, makcik memberitahu ibu bahawa datuk saya sudah tiada lagi. Ibu menangis terisak-isak menahan kesedihan. Nenek juga datang memeluk ibu sambil berkata bahawa datuk saya telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan aman dan tenteram. Saya dan ayah sama-sama memeluk ibu. Ayah memberitahu ibu supaya ikhlas dan redha akan pemergian datuk. Makcik saya sibuk menelefoni saudara-mara, sahabat andai dan jiran-jiran supaya datang ke rumah nenek. Ramai tetamu datang melawat datuk saya. Saya dan sepupu saya sibuk menyiapkan bunga-bungaan untuk dihias di atas keranda.

Tukang mandi jenazah juga datang untuk memandikan jenazah datuk saya. Rasa sedih dan pilu masih terasa di dalam hati saya kerana saya teringat tiga hari yang lepas, saya dan ibu saya mengunjungi ke rumah datuk saya. Kami berbual-bual dengan gembira. Ibu membelikan makanan kegemaran datuk dan nenek saya. Setelah selesai, tukang mandi jenazah memandikan jenazah, jenazah datuk saya diangkat perlahan-lahan ke ruang tamu. Jenazah datuk saya dikapankan dan disiapkan untuk ditaburkan pacai. Nenek saya menabur pacai dan mengucup dahi arwah datuk saya sambil menahan kesedihan. Selepas itu giliran ibu, ayah dan saya. Saya terasa amat pilu dan berat terasa kaki saya hendak melangkah sebab saya telah kehilangan seorang datuk yang saya sayangi.

Setelah selesai, kaum bapa melaksanakan solat jenazah dan kemudian membawa jenazah ke perkuburan dengan menaiki bas. Peristiwa inilah yang tidak dapat saya lupakan dan saya sentiasa teringatkan senyuman datuk saya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan mengampunkan dosa-dosanya serta meletakkannya bersama orang-orang yang soleh. Amin.
( 498 patah perkataan )

Karya: Nurul Atikah Binte Mahmood (5F)

Pencerita itu Kita @ 7:48 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Brosur Rekaan Murid Darjah 5G, karya Sri Herlina Bin Mohd Said


Pencerita itu Kita @ 7:44 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Brosur Rekaan Murid Darjah 5E, karya Sagar Ramesh Daswani

Pencerita itu Kita @ 7:41 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Perginya Seorang Teman yang dikasihi

Hatiku menjadi pilu mengingatkan peristiwa itu. Dua tahun yang lalu aku dan Hanizah sahabatku, seperti isi dan kuku. Kami sering keluar bersama, belajar bersama dan bermain bersama. Pendek kata, persahabatan kami, seperti air dicincang tidak akan putus.

Sebulan yang lalu, Hanizah mengirimkanku sepucuk surat. Surat itu mengatakan bahawa dia mahu memutuskan persahabatan kita. Selepas selesai membaca surat yang diberikan oleh Hanizah, aku terus bergegas ke meja Hanizah dan bertanya mengapa dia mahu memutuskan persahabatan kita. Tapi dia hanya membisu sahaja. Loceng sekolah rendah Fengshan berbunyi, aku terus pergi ke Hanizah untuk mempelawanya balik bersama tetapi dia tidak mahu dan terus pergi meninggalkan aku keseorangan di belakang. Aku mahu mengejarnya tetapi aku sudah terlambat, Hanizah telah terlalu jauh dariku.

Aku pun terus pulang ke rumah. Ibuku bertanya mengapa aku kelihatan sedih. Aku menerangkan kepada ibu dan ibuku berkata mungkin itu semua hanya perasaan aku sahaja. Aku hanya menganggukkan kepalaku, bermakna aku faham. Adikku Nurlina terus masuk ke dalam bilikku.

“Assalammualaikum, kakak! Mengapa kakak kelihatan sedih sahaja, kakak ada masalah ke? “, tanya adikku.

Aku hanya senyum sahaja. Telefon rumah berdering aku terus mengangkatnya. Telefon itu daripada ibu Hanizah, dia menyuruhku bergegas ke hospital. Aku terus mengajak adikku bergegas ke hospital. Aku bertanya kepada ibu Hanizah apa yang telah berlaku tetapi ibunya enggan memberitahuku apa yang telah berlaku, ibunya hanya menyuruhku masuk ke dalam wad nombor 118. Aku terperanjat apabila ternampak Hanizah terbaring di atas katil. Aku mendapat tahu bahawa sahabat karibku akan menghembuskan nafas terakhirnya kerana dia menghidap leukemia. Dia meminta maaf kepadaku tetapi aku sudah lama memaafkannya.

Airmataku berjatuhan di pipiku dengan deras apabila aku mendapat tahu bahawa Hanizah telah meninggal dunia pada hari Jumaat, lapan belas November pada pukul tujuh setengah malam.

“Innalilla wainallilla hirojiun......”
Itulah satu-satunya peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.

( 294 patah perkataan )

Pencerita itu Kita @ 7:36 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Brosur Rekaan Murid Darjah 5E, Justin Ja'afar Bin Abdul Gafar

Pencerita itu Kita @ 7:30 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Brosur Rekaan Murid Darjah 5

Muhd Solehin Bin Rahim (5E)


Pencerita itu Kita @ 7:20 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Pasukan 3A meneroka Planet Jupiter

Pasukan 3A telah mencipta sejarah kerana terpilih untuk meneroka Planet Jupiter. Meraka adalah anak-anak Melayu pertama di dunia yang menjadi angkasawan. Kapten Audi dan pembantunya iaitu Aqila dan Amira akan memulakan misi ke Planet Jupiter dengan menaiki kapal angkasa yang paling canggih.

Perjalanan mereka yang secepat kilat hanya mengambil masa beberapa jam sahaja walaupun planet itu berjuta-juta kilometer jauhnya dari dunia. Pasukan 3A telah selamat sampai ke Planet Jupiter pada 9 0gos 2006. Waktu yang tepat tidak dapat di pastikan kerana planet itu tiada waktu siang dan malam. Ini disebabkan oleh berpuluh-puluh bulan yang mengelilingi planet itu. Keadaan sekeliling amat bising kerana ribut taufan sentiasa ada. Awan yang terapung-apung di udara berwarna merah manakala di sebelah bawah kelihatan asap tebal berwarna biru.

Menurut pasukan 3A, mereka telah melihat lampu-lampu berwarna-warni di celah gunung yang terdapat di situ. Apabila kapal angkasa mereka cuba mendarat sekumpulan mahluk asing mengelilingi kapal angkasa itu. Kapten Audi menyuruh para pembantunya bersiap sedia dengan senjata masing-masing. Mereka khuatir akan diserang tetapi mahluk-mahluk itu hanya kelihatan hairan melihat kedatangan mereka. Mahluk-mahluk itu tidak merbahaya tetapi amat baik dan comel.

Angkasawan Aqila dan Amira sempat mengambil gambar-gambar mereka dan melihat tempat tinggal dan cara kehidupan mahluk-mahluk itu. Mereka dapati pasir, tanah dan batu adalah makanan mahluk-mahluk itu. Mahluk-mahluk itu berbual dengan bunyi seperti seekor monyet.

Pasukan 3A telah berjaya dalam misi mereka untuk mempelajari sesuatu tentang kehidupan dan keadaan di Planet Jupiter. Sayangnya mereka tidak boleh menghabiskan lebih banyak waktu di planet itu kerana keadaan ribut taufan di situ amat merbahaya bagi kapal angkasa mereka.

Setelah beberapa jam di Planet Jupiter, pasukan 3A berlepas pulang ke dunia dengan pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan.

( 276 patah perkataan )

Karya: Aqila Bte Rosli (4B)

Pencerita itu Kita @ 7:18 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Ulasan Buku - Dumbo oleh Muhammad Azrul bin Md Sanif (4E)


Pencerita itu Kita @ 6:53 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------

Saturday, September 30, 2006

Pencerita itu Kita @ 3:23 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------



Pencerita itu Kita @ 1:55 PM
" Tiada kata seindah bicara "
------------

Friday, September 01, 2006

Corak Coretan Kita....

Corak Coretan Kita.....ruang ini direka khas untuk meluahkan idea dan cetusan rasa yang terpendam dan dipendam....

Pencerita itu Kita @ 10:01 AM
" Tiada kata seindah bicara "
------------

Corak Coretan Kita........

Kata Corak Coretan Kita.....
Mari berkarya...
Karya kita milik kita....

~ Luahan Kata untuk Berbicara, Berbicara Ilmu .......... ~

Links

  • Corak Coretan Kita
  • Berita Harian
  • Karya Kita Milik Kita
  • Dunia ini Pentas Kehidupan Manusia
  • Pentas itu Seni Kehidupan Kita
  • Seni itu Lengkap sebagai Satu Bidang Keilmuan
  • Hari-hari Terakhir Seorang Pencerita
  • Tatabahasa
  • Tokoh-Tokoh Kita
  • E-mel Saya
  • Cyber Melayu - Riang Ria
  • Dewan Pelajar
  • Lelaman Utama Nadi
  • Laman Bahasa
  • Laman Sastera dan Budaya
  • Laman Kanak-kanak
  • Laman Peribahasa
  • Kamus Pelajar
  • Kamus Dewan
  • Kamus Dwi Bahasa
  • Blog
  • Akar Kita, Khazanah Kita
  • Archives
    September 2006

    Brought to you by:
    illusionation
    MrBrown.com